Friday, June 24, 2011

Orang Kita Boleh Berniaga


Sapa Kata Kita Tak Boleh Berniaga?

Salam para readers sekalian…

Hari ini Chip nak bercerita pasal perniagaan. Ramai org bila bercerita pasal perniagaan..mereka akan mulakan berfikir macam mane nak cari modal..aku ni minat ke x berniaga ni..dan ade jgk sesetengah org bila fikirkan tntg ssh nya berniaga mula la give up terus dalam perniagaan..

Tahukah anda mengapa Bangsa Cina cukup terkenal dgn bangsa yang sanggup berniaga daripada kerja makan gaji? Maaf Chip bukan nak merendahkan org2 yg makan gaji tp cuma nak buat perbandingan. Bangsa Cina tahu bahawa apabila mereka berniaga mereka dapat pendapatan yang lumayan, memberi peluang kepada bangsa sendiri untuk mendapatkn pekerjaan, dan yg penting sekali tidak secara langsung mereka dapat mengawal Ekonomi sesebuah negara!..

Ok la..tanpa Chip melengahkan masa, Chip akan ceritakan bagaimana untuk memulakan perniagaan tanpa modal atau dengan menggunakan modal yang rendah.

Modal Rendah.

1. Baik saya ceritakan pengalaman saya kepada anda semua. Tahukah anda, saya memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan RM20!.. Tak percaya?. Saya memulakan perniagaan saya dengan hanya menjual makanan ringan didepan sekolah..Ketika itu saya tawakal kepada Allah. Selapas saya menamatkan pengajian saya di Universiti, Malaysia mengalami krisis dimana ketika itu banyak kilang2 yg membuang pekerjanya. Saya ketika itu baru je lepas grad. Lama saya jd penganggur. Duit poket saya ketika itu hanya tinggal RM50. Saya tawakal, saya terus memulakan perniagaan itu. Alhamdulillah..saya berjaya..sehingga ketika itu sampai saya dh perlu bermodalkan sehingga RM400! So, perkara itu boleh terjadi.


2. Kalo tak mahu modal besar boleh memulakan perniagaan menjual nasi lemak…modalnya hanya sekitar RM 100. Nasi lemak itu kita hantar ke kedai yg ramai org. Janji nasi lemak kita sedap. Pasti akan laku..

3. Menjual barangan packing semula. Modalnya hanya sekitar RM250. Caranya dengan membeli kerepek, kacang2, dan lain2 dlm kuantiti borong. Kemudian kita pack semula dengan pack yg kecil. Kemudian hantar ke kedai2 runcit, kedai makan, restoran dsb.
Bolehkan kalau mahu berniaga. Baik Chip ceritakan pula perniagaan yang tidak memerlukan modal.

1. Jadi broker. Ya, anda boleh jd broker rumah, rumah sewa, penyewa rumah, kereta dan bermacam lagi. Caranya dengan hanya bermodalkan air liur sahaja. Baik Chip berikan satu contoh, jika anda ingin menjadi broker rumah sewa, anda cari sahaja dimana rumah yang mahu di sewa. Kemudian jumpa dengan tuan rumah dan nyatakan kita ingin menjadi broker kepadanya. Apabila tuan rumah setuju. Kita letakkan syarat. Jika kita berjaya mencari penyewa rumah itu, kita akan mengambil sewa bulan pertama sebagai komisen. Jika tuan rumah setuju, kita dah boleh iklankan rumah itu di internet, dengan penyampaian mulut ke mulut, dan pelbagai cara lagi. Chip pernah buat perniagaan ini. bulan pertama Chip pernah dapat sehingga RM 500 sebulan.

2. Jual ilmu. Kadang2 ilmu yang kita ada x semestinya org lain ada. Cuba fikirkan, jika kawan2 ingin bertanya kepada kita, apa topik selalu di tanyakan. Gunakan platform itu. Caranya dengan menulis blog. Tulis kan setiap ilmu yg kita ada itu di blog..buat duit dengan blog ini ada banyak cara. Nanti saya ceritakan dalam bab yg lain.

3. Membuat perniagaan perkhidmatan. Perniagaan ini sememangnya tidak memerlukan modal. Jika tahu caranya, anda boleh mendpt keuntungan sehingga beribu2 ringgit. Banyak perkhidmatan yang boleh kita buat. Cuma perlukan idea dan ilmu sahaja. Contoh yang boleh Chip bagi adalah seorang kenalan Chip ini. Dia membuat perkhidmatan memperbaharui cukai jalan. Pendapatannya boleh mencecah sehingga Rm2000 sebulan!

Banyak lagi sebenarnya. Tapi setakat ini, cuma ini sahaja Chip ingin kongsikan. Apa pun jua, tiada alasan untuk tidak berniaga. Ingatlah, bidang perniagaan ini adalah sunnah. Rasulullah memang menggalakkan umatnya berniaga kerana Rasulullah sendiri pun berniaga dan berniaga ini boleh mengeratkan lagi perhubungan sesama Islam. Percayalah….

rujukan:www.chipzine.co.cc

2 comments:

  1. ni lah buat saya nak berniaga nasi lemak ni hihi

    ReplyDelete
  2. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda mahu pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam masa kurang dari 48 jam. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Jadikan kenalan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia seorang lelaki yang jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394-3740

    ReplyDelete