Wednesday, June 29, 2011

Nasib Baik Aku Jawa...


Melayu Bukan Tak Pandai Berniaga…Tapi

Di Malaysia memang masyarakat cina yang menguasai ekonomi negara.  Kebanyakan kedai atau pun entiti perniagaan dimiliki oleh bangsa mereka walaupun majoriti penduduk negara kita ialah melayu.  Tapi saya tak kisah tentang itu kerana sebagai negara yang bebas, kita berpeluang untuk berniaga atau pun apa jua aktiviti yang boleh menghasilkan duit selagi tidak bertentangan dengan undang-undang mahupun hukum agama masing-masing.  Duit kan penting untuk hidup kat dunia ni.  Kalau takde duit macam mana nak teruskan kelangsungan hidup sebab rezeki tak akan datang bergolek kalau tak dicari.  Namun, pelanggan juga punyai hak untuk membeli pada sesiapa yang mereka sukai.
image
Pada masa yang sama, orang melayu turut berniaga memeriahkan lagi dunia bisnes di Malaysia.  Saya kagum dengan kesungguhan sesetengah peniaga melayu yang cuba bersaing dengan bangsa lain walaupun berhadapan dengan sepak terajang perniagaan yang kadangkala kejam.  Malangnya, ada juga yang kecundang.  Bangkrap, hutang bertimbun walaupun perniagaan tak menjadi, gulung tikar dan macam -macam lagi.  Tapi adakah kecundangnya mereka disebabkan tak pandai menguruskan perniagaan atau kurang pandai mengurus pelanggan?
Saya bukan ahli perniagaan, cuma pelanggan biasa dan tulisan saya ini mungkin hanya keluhan seorang pembeli yang agak terkilan dengan peniaga bangsa sendiri.  Nak maju dan mengharapkan pelanggan sebangsa menyokong produk mereka tapi pada masa yang sama kurang pandai menghargai pelanggan mereka sendiri.  Dah banyak kali kena.  Kat bawah saya tulis beberapa situasi ringkas yang pernah saya alami dan anda nilailah sendiri.
Ada sekali tu pergi ke kedai motor.   Tayar motor kawan saya pancit dan kami pun singgah di sebuah kedai melayu ni.  Boleh tahan lama jugaklah menunggu tanpa dilayan siap berapa kali keluar masuk kedai.  Padahal ada je nampak pekerjanya yang lain lepak kat dalam tu.  Kalau sibuk sekali pun, sapaan tunggu kejap pun dah cukup bagus.  Tapi masih lagi diam membisu dan kitorang pulak yang kena buka mulut lepas lama menunggu.
Pada masa yang lain, saya ke kedai cina yang terletak berhampiran untuk tukar minyak hitam motor yang dah cukup 2000km ni.  Saje je singgah di situ untuk melihat perbezaan jika ada. Baru tongkat motor pekedai dah tanya dah apa yang dia boleh tolong.  Walaupun saya nampak pada masa yang sama dia sibuk membetulkan motor lain.  Masa survey nak beli motor,  diberi air mineral percuma pulak lagi ketika sedang membelek motor yang berkenan di hati.
Keadaan yang hampir sama berlaku masa nak betulkan laptop kat Plaza Alam Sentral.  Dah berdiri depan dia pun boleh buat dek je layan main game sambil hisap rokok.  Sangat tak berdisiplin dan tak hormat pelanggan langsung.  Tanya pun jawab acuh tak acuh pasal syok sangat main game dia tu sampai panas hati dibuatnya.
image
Dua benda tadi adalah sebahagian daripada apa yang pernah saya lalui bila berurusan dengan peniaga melayu.  Ada banyak lagi tapi cukuplah untuk kali ini.  Lagipun bukan niat tulisan entri ini untuk menghentam, cuma menegur apa yang kurang supaya dapat diperbetulkan.
Nampak berbeza bukan peniaga melayu dengan peniaga cina?  Tapi tak dinafikan ramai yang bagus, sukses dalam perniagaan dan pada masa yang sama sangat peka dengan pelanggan walaupun hanya jual ais krim kat pasar malam.  Ya hanya di pasar malam.  Jual benda simple.  Tapi kerana interaksinya yang baik dan pandai mengambil hati pelanggan membuatkan saya nak beli ais krim yang dia jual setiap kali ke pasar malam.  Jika kita rasa selesa tak mustahil kita boleh jadi pelanggan tetapnya walaupun tanpa sengaja.
Mungkin antara penyebab kegagalan perniagaan orang melayu bukan kerana kelemahan pengurusan perniagaan atau pun sabotaj daripada pihak luar semata, tapi mungkin juga kerana kurangnya mereka menghargai pelanggan mereka sendiri.  Kalau bukan pelanggan yang beli siapa lagi betul tak?  Islam sendiri pun dah ajar bagaimana nak bermuamalat dengan sesama manusia tapi kenapa kita masih tertinggal di belakang peniaga bukan Islam?  Sila fikirkan…
Sesiapa yang agak-agak terasa tu tolonglah ubah perangai cepat-cepat.  Contohi mereka (orang cina) dan berusaha untuk menjadi lebih baik daripada mereka.  Di Malaysia, pasaran pengguna melayu ni sangat besar dan jika dieksploitasi dengan betul, tak mustahil akan memberikan pulangan yang baik kepada peniaga melayu itu sendiri.
Wallahualam… ;-)

No comments:

Post a Comment