Friday, June 17, 2011

Nak Makan Nasi Lemak...Tak Boleh?


Terbaca di muka hadapan laman Berita Hairan. Hairan sebab benda macam ni pun boleh jadi isu negara..
Wajarkah 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu di kantin sekolah mengikut garis panduan baru bagi menangani masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar?
Dulu masa aku kecil, takde pulak nak kena hadkan makanan ni semua. Tiap-tiap hari aku makan apa aku nak makan, termasuklah nasi lemak yang kononnya akan dihadkan penjualannya. Hasilnya, aku masih lagi kurus macam tiang bendera.
Apa beza dulu dengan sekarang?
Dulu tiap-tiap petang lepas balik sekolah, aku tak duduk rumah. Main bola, masuk keluar hutan (sebenarnya bukannya hutan sangat pun tapi kebun getah yang terbiar), pergi sawah dan macam-macam lagilah yang budak kampung buat. Yelah budak-budak tinggal kat kampung, macam-macam boleh dibuat main.
Sekarang, ibu bapa banyak yang manjakan sangat anak-anak sampai naik lemak. Anak kena rotan dengan cikgu sikit, siaplah surat sampai ke sekolah. Balik sekolah, boleh tengok tv sampai malam sebab Astro menyiarkan siaran kartun 24 jam. Maka duduklah anak-anak dirumah, kalau tak tengok tv, main komputer, buka Facebook dan Twitter. Cukup time makanan siap, pergi makan. Kalau hidup macam tu la, aku boleh jamin budak-budak ni semua memang gemuk nanti. Percayalah.
Nak makan tak salah sebenarnya dan budak-budak membesar memang hyperactive kadang-kadang. Yang silap adalah bila kita biasakan mereka duduk rumah tengok tv/main komputer 24 jam. Mana boleh macam tu. Hantarlah anak pergi masuk kelas taekwando ke, kalau tak pun hadkan masa di depan tv. Lama-lama nanti pandailah mereka mencari aktiviti lain untuk meluangkan masa. Cuma pastikanlah aktiviti yang dilakukan tu adalah aktiviti yang sihat.
Tapi kalau tak nak macam tu, tak nak kasi anak-anak keluar, kena pandailah hadkan pemakanan di rumah. Makanan kat Malaysia memang semuanya sedap-sedap belaka dan macam-macam ada. Memang syurga makanan. Aku tahu dan aku juga tahu untuk pergi jogging keliling padang belakang rumah tiap-tiap hari sepanjang cuti musim panas yang lepas semata-mata untuk mengelakkan obesiti ni. Jadi pandai-pandailah kan..
Hadkanlah apa-apa makanan hatta nasi lemak sekalipun kat sekolah, tapi kalau balik rumah makan KFC/McDonalds pun takde guna jugak..

No comments:

Post a Comment