Monday, June 20, 2011

Alahai Mak...Mak...

Aku dah tiada ibu-ayah.  Cuma hari ini ingin berkongsi minda.  Wajarkah seorang ibu tua yg usianya melebihi 70 tahun tinggal seorang diri dirumah sendiri?  Seorang ibu yg telah tua walau pun masih sehat tinggal bersendirian.  Sedangkan salah seorang anak dan keluarganya tinggal berhadapan rumah dlm satu taman perumahan.  Alasan si ibu, tidak mahu menyusahkan anak-menantu.

Si ibu ini masak sendiri dan berkemas rumah juga sendirian. Kalau dia rasa tidak sehat badan barulah dia akan panggil anaknya (lelaki) utk melihat keadaannya, jika ada keperluan membawa ibu keklinik.

Alasan ibu lebih selesa hidup sendiri boleh di terima, bagaimana pandangan jiran2 terhadap anaknya berlainan rumah dari ibu hanya seberang jalan?

Alahai mak...mak...walaubagaimanapun, SYURGA TETAP DI TELAPAK KAKI IBU...hu....hu....

No comments:

Post a Comment