Tuesday, June 14, 2011

kenapa guna title nasilemak-'affiliate'

Dalam biz internet 'affiliate' merujuk kepada bisnes yg menjual produk org lain.  Produser hanya keluarkan produk tetapi sales/marketing dibuat oleh org lain.  So, kedua-dua pehak dapat untung.  Dari sinilah saya dpt ilham utk gunakan istilah ini dlm bisnes off-line,  nasi lemak.  Dan salah satu out-let saya adalah Klebang Coconut Shake yg Original.  Selain di klebang,  saya ada hantar nasi lemak saya ke restoran mamak, restoran tionghua, india, kantin kolej, kantin hospital dan stesen-stesen minyak di sekitar bandar melaka.

Kenapa ini berlaku?  Dlm istilah ekonomi disebut 'ekonomi bidangan'.  Pengeluar hanya fokus kpd memproses dan biasanya dlm unit/volume yg banyak kerana pengeluar boleh mendapat 'kos efektif'.  Atau dlm istilah lain kecekapan kos.  Kos keluaran rendah.  Saya beroperasi dari rumah di Lorong Pandan, Melaka.  Saya tak perlu bayar sewa kedai dan hanya perlu menggaji 2 org pekerja tetap.

Selain membayar gaji pokok biasa,  saya akan membayar pekerja saya ekstra jika jualan lebih.  Saya pernah bayar pekerja saya hingga rm70 sehari jika jualan pd satu-satu hari tinggi.  Biasanya pekerja saya masuk kerja jam 9 pg hingga 5 ptg.  Jika perlu mereka akan bekerja melebihi masa.

Bagaimana dgn saya?  Saya dan isteri akan mula operasi jam 4 pg,  ketika org semua sedang diulit mimpi.  Kami akan terus membukus nasi lemak hingga jam 9 pg.  Pekerja akan ambil alih selepas itu sehingga jam 5 ptg.

Ada cuti?  Tidak.  Biasanya kami akan cuti selepas 2/3 bln bekerja.  Kenapa?  Kami ada target.  Kumpul duit dan lepas itu... ada perancangan utk pendapatan pasif.  Berapa untung sebulan sekarang?  Biarlah rahsia...

No comments:

Post a Comment