Wednesday, June 22, 2011

Kantin Sekolah Tanpa Nasi Lemak



1. Bila surat khabar dan tv cakap bila kantin sekolah dah tidak dibenarkan untuk menjual minuman dan makanan ringan termasuklah nasi lemak. Aku terus tersentap. Tambah lagi, nasi lemak dikatakan punca masalah obesiti atau kegemukan dikalangan pelajar sekolah. Terus aku pandang tv dan dengar berita tu betul-betul. Antara statement paling bangang yang pernah aku dengar sejak 26 tahun ni. Aku teringin nak jumpa dengan mangkuk-mangkuk yang buat kajian tentang nasi lemak ni..

2. Siapa setuju yang dengan makan nasi lemak sahaja akan membuatkan pelajar sekolah akan jadi gemuk? 99% akan angkat tangan macam usup wilcha.

3. Kalau seseorang tu gemok dan debab, siapa yang patut disalahkan? Orang pertama. Orang gemuk tersebut. Orang kedua. Mak dan abah orang gemuk tadi.

4. Jadi, adakah salah pihak kantin sekolah menyediakan nasi lemak? 100% tak salah.

5. Bagi bukti kukuh bahawa hanya dengan makan nasi lemak sahaja akan menjadikan seseorang itu gemuk. Bagi bukti kukuh untuk setiap bahan yang digunakan dalam pembuatan nasi lemak. Secara logiknya, mustahil. Sebab apa? Kita bukan nasi lemak setiap masa. Banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu jadi gemok. Malas bersenam, tak kawal makan dan faktor keturunan. (Ye ke?)

nasilemakdiharamkan Kantin sekolah tanpa nasi lemak.


6. Dari darjah satu, aku makan nasi lemak hampir setiap hari kat sekolah. Sampai berpindah sekolah baru pun, nasi lemak tetap jadi ruji makanan aku ketika disekolah. Begitu juga ketika di universiti. Aku tak gemuk pun. Berat aku ketika tahun terakhir di UMS adalah 55 kilogram bagi seorang yang mempunyai ketinggian 165 cm. BMI pun ok. Aku tak gemok. Mak aku siap marah aku sebab ingat aku tak makan masa kat Sabah. Cuma sekarang aje, berat tu naik banyak. Haha..

7. Aku seorang pemakan nasi lemak yang tegar. Aku tak malu mengaku. Yang pasti, nasi lemak bukan sebab utama untuk seseorang jadi gemok.

8. Mungkin pada tahun 2040 nanti, nasi lemak dah tidak dibuat secara tradisional. Nak makan nasi lemak. Pergi kedai. Order nasi lemak. Dapat satu kapsul. Semua intipati nasi lemak, bau dan rasa, kita akan dapat rasa selepas menelan kapsul tersebut. Gila. Itu teknologi alien planet Zargos.

9. Siapa yang tak suka makan nasi lemak?

10. Aku tak dapat bayangkan kantin sekolah tanpa nasi lemak. Ahh, memang tak boleh.

1 comment:

  1. Setuju.. nasik lemak jugak dipersalahkan.. banyak benda mentedaghah yg lain lagi.. produk bisnes org melayu jugak dia nak tuju.. aku dah le baru teruja nak bisnes nasik lomak ni.. teruja sangat2!

    ReplyDelete