Tuesday, June 21, 2011

Buat Macam-macam Bisnes

Pakar perniagaan ada mengatakan,  ada 3 jenis perniagaan yang boleh membawa orang-biasa hingga ke tahap jutawan.  Apa dia?  MLM, Agen Insurans dan Hartanah.  Dan terkini, IM atau perniagaan melalui internet.  Aku dah jumpa beberapa orang jutawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, samada secara in-person atau seminar-seminar mereka.  Mereka memang hebat dan luar biasa kerana telah menjadi jutawan.

Dan yang pasti setiap kali sebelum penutup sesi perjumpaan dan seminar, kalau ditanya,  saudara berniaga apa? Dengan malu-malu alah aku akan jawap,  "niaga nasi lemak aje".  Dengan pantas akan dijawap balik motivator, "Ha! ini pun boleh jadi jutawan".  Aku tersentak.  Dan akan kata, "insyaallah ".  "Siapa kata niaga nasi lemak tak boleh jadi jutawan". Sambung mereka lagi.

Sebelum sepenuh masa berniaga nasi lemak aku dah cuba buat kesemua jenis perniagaan seperti disebut diatas tetapi hampeh.   

1 comment:

  1. Sama le.. MLM, hartanah, saham, forex, internet, semuo den dah torai.. last2 melingkop.. ingat nak jual nasik lemak secara serius macam sedara la.. simple tapi mencabar.. dak gitu? Saya nak berguru dgn sedara ni.. bila boleh jumpa?

    ReplyDelete