Wednesday, October 5, 2011

Berdebar Tunggu Reaksi Pelanggan

Aku bersyukur kehadrat Allah kerana pelanggan nasi lemak bungkus aku memahami keperluan aku untuk menaikkan harga jualan nasi lemak dari 0.60 sen kepada 0.70 sen bagi outlet milik En Majid (Jln Bunga Raya, belakang Madam's King Supermarket) dan warung En Zakaria (Babu) di Jln Air Leleh, Bukit Gedong.


Berkuat-kuasa 1 Okt 2011,  di kedua-dua outlet di atas harga jualan telah dinaikkan.  Setelah beberapa siri rundingan dengan pemilik outlet,  kami telah mencapai persetujuan yang harga jualan perlu dinaikkan memandangkan kenaikkan harga bahan utama membuat nasi lemak khususnya cili kering dan santan  telah meningkat begitu tinggi.  


Seingat aku telah hampir 8 tahun warung di atas kekal dengan harga jualan 0.60 sen sebungkus.  Aku seharusnya berterimakasih kepada pelanggan warung tersebut kerana memahami situasi harga bahan mentah sekarang dan kewajaran kenaikkan harga.   Kebanyakkan pelanggan aku di kawasan tersebut adalah dari kalangan yang berpendapatan rendah.   Mereka terdiri dari pesara-pesara yang biasanya lepak-lepak di warung tersebut setelah solat subuh.   Ada juga yang membeli bungkus untuk hidangan sarapan keluarga.   Pekerja-pekerja am dan kakitangan bank juga menjadikan warung tersebut tempat mengisi perut.  Selain itu, kedua-dua warung tersebut terkenal dengan keenakkan teh-tariknya.    Kesedapan teh-tarik dikedua-dua warung hampir sama.   Maklumlah,  kedua-dua pemilik warung adalah India-Muslim.   Biasalah tuuu...


Setelah 5 hari berlalu,  jualan harian nasi lemak aku di kedua-dua outlet adalah sama seperti sebelum kenaikkan harga.   Alhamdulillah... 


1 comment: