Tuesday, October 25, 2011

Setiap Kali Bajet, Inilah Ceritanya...Sampai Bila? Tetapi Kenapa Melayu Sahaja


ehsan: utusan on-line 7/10/2012

Nasib peniaga kecil perlu dibela

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Belanjawan 2012 yang dibentangkan pada Jumaat ini diharap menjadi penggerak bagi menjayakan program membantu usahawan kecil di bawah Skim Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik).
Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Datuk Bahrim Abdul Razak berkata, skim tersebut perlu berjalan seperti dirancang bagi membela nasib usahawan kecil.


"Bantuan kepada para peniaga dan penjaja kecil sebanyak RM50 juta diharap dapat ditambah kepada RM500 juta kerana ia tidak mampu membantu lebih 500,000 peniaga dan penjaja kecil Melayu yang berdaftar di seluruh Malaysia.
"Pinjaman kewangan tanpa faedah kepada peniaga dan penjaja ini perlu dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 dan RM10,000 kepada RM30,000," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas harapan peniaga dan penjaja kecil sempena pembentangan Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat esok.
Bahrim berkata, setakat ini hanya Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberikan pinjaman tanpa faedah kepada golongan peniaga dan penjaja kecil.


"Saya juga berharap agar nasib peniaga dan penjaja kecil di seluruh negara akan terbela," katanya.
Beliau menambah, Tabung Pemulihan Usahawan Kecil Dinamik (TPUKD) sebanyak RM100 juta perlu diwujudkan sebagai tabung pemulihan bagi peniaga dan penjaja yang tidak mampu menyelesaikan hutang dengan segera.

No comments:

Post a Comment