Tuesday, October 18, 2011

Apa Ada di MITC Melaka Pada 16/10/11?

Mentor aku Dr Azizan Osman (DAO) sekali lagi kembali ke Melaka untuk seminar marketing powernya.  Kali ini aku agak terkejut kerana tiba-tiba pada pukul 10 malam Sabtu,  pembantu DAO telefon aku memberitahu aku yang DAO nak order 300 bungkus nasi lemak pada pagi esok.


"Helo...bang.  Saya pembantu DAO.  Ni nak bagi tau abang yang DAO nak order 300 bungkus nasi lemak pagi esok.  Mesti sampai di Dewan MITC pukul 6 pagi".


Aku tau yang DAO ada sesi seminar marketing powernya pada pagi tu di sana kerana aku ada mengikuti FBnya.  Aku dapat rasakan debaran yang luar-biasa.  Maklumlah DAO yang order.  Rasa macam-macam.  Sebabnya jarang ada orang yang akan order last minit macam tu.  Biasanya untuk mereka yang nak order banyak tu mesti buat tempahan 2 hari lebih awal.  Untuk 300 bungkus nasi lemak,  15 kg beras diperlukan.  Dan untuk memprosesnya secara dikukus memang agak rumit. Dalam hati aku berkata,  "Aduh...DAO ni...kalau nak order sekalipun beritau awallah...entah cukup ke tidak stok yang ada tu".  Nak kata tak sanggup.  Giler...Sebab DAO dah pesan banyak kali.  Fikir positif...Fikir positif...Fikir positif.


Jadi aku dalam kekhuatiran antara cukup atau tidak stok nasi lemak aku esok.  Dalam perkiraan aku,  biasanya aku akan siapkan stok nasi lemak di pagi Ahad sebanyak 700 bungkus.  Itu untuk pelanggan biasa yang terdiri dari pekedai makan dan warung di bandar Melaka.  Dalam perkiraan logik memang tak cukup nasi lemak aku untuk DAO.


Aku teringat kata-kata guru aku, Ustaz Rahim al-Hafiz.  "Kalau ditakdirkan kita ada membuat khenduri meraikan kaum-kerabat,  tiba-tiba kita rasa ragu makanan yang disediakan cukup atau tidak,  cepat-cepatlah kita berselawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. dan ingatkan peristiwa peperangan Khandak".  


Telah ditakdirkan seorang sahabat Rasulullah berbisik kehadhrat Rasul bahawa beliau ingin menjemput Rasulullah dan beberapa orang yang rapat dengan Baginda hadir kerumah.  Sahabat Baginda ini adalah penduduk asal Madinah dan ada memotong seekor kambing untuk dibuat khenduri untuk menjamu Baginda.   Sahabat ini memikirkan seekor kambing tentu tidak cukup untuk menjamu begitu ramai para pejuang Islam yang telah bertungkus lumus dalam peperangan Khandak.  Sebab itu dia menyuarakan jemputan khenduri itu kepada Baginda dan sahabat terdekat sahaja.


Rasulullah apabila mendapat jemputan ini terus sahaja mengumumkan kepada semua para hadirin yang ada supaya pergi ke rumah sahabat tersebut.  Sahabat tersebut (kalau tak silap aku Saidina Jabir)  terus terkejut dengan pengumuman Baginda,  kerana dia tahu makanan yang tersedia dari seekor kambing tidak akan mencukupi dengan jumlah jemputan yang begitu ramai.


Begitulah sikap Rasulullah S.A.W.  Baginda tidak pernah meninggalkan sahabat yang lain,  hatta dalam kisah ini pun kita dapat mengambil iktibar bahawa kasih-sayang Baginda kepada umatnya tak pernah lekang.  Diakhir kisah,  dengan berkat Rasulullah semua yang hadir dalam majlis itu dapat makan dengan kenyang.    
 

Aku pun terus sahaja berselawat ke atas Rasulullah dan mengingatkan akan kisah sahabat ini.  Alhamdulillah,  stok nasi lemak yang telah aku siapkan cukup,  untuk pelanggan biasa dan DAO.


Aku ingatkan DAO nak bersedekah kepada peserta seminar hari tu.  Rupa-rupanya dia suruh aku jual nasi lemak kat seminar tu.  Huh...!  Itulah sikap sebenar DAO.  Dia akan ambil peluang tanpa berfikir panjang.  Pemikiran DAO sebenarnya terlalu jauh kedepan melangkaui masa.  Sementara kita berfikir boleh atau tidak,  DAO telah 'berTINDAK' jauh ke depan.  'OPPORTUNITY' kepada DAO bukanlah untuk dihebohkan sekuat suara.  Tetapi 'OPPORTUNITY' kepada DAO adalah 'TINDAKAN'.  Merancang disaat akhir bukanlah kesilapan jika tanpa TINDAKAN.  Syabas DAO.  Walaupun aku dah dikira berjaya dalam perniagaan nasi lemak ni,  rupa-rupanya masih ada ruang kosong yang perlu diisi.  Sekali lagi...terimakasih yang tidak terhingga DAO.


Tapi aku marah (marah sayang) pada DAO,  pada hari tu kerana pecah tembelang.  DAO telah memberitahu peserta seminar bahawa jualan harian aku sudah melebihi 1,000 bungkus sehari.  Alamak!  habis aku.  Walaubagaimanapun,  nantikan kemunculan RICHMOON NASI LEMAK secara massa di SHAH ALAM sedikit masa nanti.  Boleh ke DAO?  Bravo.  





                        Berniaga Nasi Lemak di MITC, Melaka

   

No comments:

Post a Comment