Tuesday, November 15, 2011

Statistik Ekonomi Melayu...Siapa Peduli

Cubalah klik disini: http://rm99.ibct.my/312 tak salah mencuba, risiko hanya rm99.


Sebut pasal ekonomi ni, kerajaan BN atau Pakatan, tak akan terlepas pandang pasal ekonomi Melayu.  Setiap kali bajet,  perkataan Melayu tak akan hilang dari 'kamus ekonomi' kerajaan.  Kadang-kadang kita rasa pelik juga, selepas diperkenalkan dasar ekonomi Melayu pada tahun 1970 oleh YAB Tun Abdul Razak,  sampai sekarang milikan aset Melayu dalam ekonomi negara tak lebih dari 21%.  Sedangkan yang mendokong kerajaan dari dulu hingga sekarang adalah Melayu.


Sebelum tsunami ekonomi melanda dunia pada 1997,  adalah dikatakan  ekonomi Melayu naik sehingga ke paras 25% tetapi jatuh semula ke bawah 20%.  Itu kata ahli politik.  Manakala pakar ekonomi pula ada berbagai pendapat.  Kalau sekarang ni lagilah banyak pendapatnya.  Masing-masing cuba mencari pengaruh supaya pendapat mereka 'di-iyakan' oleh rakyat.  Kalau 'Prof A' dipengaruhi oleh kerajaan Pakatan, maka statistiknya akan berlegar disekitar yang digemari oleh rakyat yang menyokongnya.  Manakala 'Prof B' pula sudah tentu akan mengeluarkan statistik yang menggerunkan Melayu supaya Melayu diasak dengan minda bahawa hanya BN sahaja yang mampu menyelamatkan ekonomi Melayu.  Manakala yang berfikiran sudah 'fed-up' dengan ekonomi Melayu, mereka dah tak ambil pusing lagi.


image


Bagi peniaga kecil jual nasi lemak macam aku ni, aku masih peduli pasal ekonomi Melayu.  Kerana jual nasi lemak ni bukan mudah, tetap kena ada strategi.  Aku tetap kena study market.  Sebab itu aku tak perlukan statistik ekonomi yang bombastik.  Cukup pergi kedai kopi dan sembang-sembang.  Dekat situ ada banyak tips tentang market nasi lemak.  Aku ada cara aku sendiri nak tau fasal ekonomi  Melayu.  Kalau tidak,  aku tak boleh berniaga nasi lemak begini lama.   Hanya nasi lemak yang menyelamatkan aku dalam perniagaan seperti yang aku cerita dalam entri-entri yang lepas.  


Biarlah orang BN atau Pakatan yang cari fakta macam mana nak buat supaya orang Melayu akhirnya akan undi mereka pada hari pengundian.  Keluarkanlah statistik-statistik yang menunjukkan sekian-sekian pencapaian ekonomi Melayu.  Lepas tu, lekatkan dalam minda Melayu jika BN terus perintah, Melayu akan selamat.  Atau jika Pakatan yang memerintah, ekonomi Melayu tak akan jadi macam ni.  Akan jadi lebih jauh kedepan.  Setidak-tidaknya kita akan dapat lihat Ah Chong dah boleh jadi drebar Ahmad.  Atau orang gaji Datin Glamor ialah Ah Moi.


Aku ambil dua jenis profession ni sebagai pengukur ekonomi siapa yang berada didepan.  Atau sekurang-kurangnya 'at par'.  Kalau Ah Chong dah berani jadi drebar Ahmad,  maknaya Ah Chong memang konfiden yang dia tak kebulur pada bulan yang akan datang.  Dia tahu ekonomi Ahmad memang mantop.  Kalau di bandar Melaka ni, aku dapat jumpa seorang drebar yang namanya Ah Chong, bertuankan Ahmad dan Ahmad hanya seorang taukeh pasar borong di Batu Berendam, baru aku percaya yang ekonomi Melayu memang sudah betul-betul mantop.  Selagi impian aku ni belum jadi kenyataan,  Prof Kangkung mana pun yang keluarkan statistik tu, aku tak akan percaya.


Apa bangsat sangatkah Ah Chong jadi drebar Ahmad?  Jatuh ke martabat orang Tionghua kalau jadi drebar Melayu?  Semua itu tak akan berlaku kalau ekonomi Melayu benar-benar mantop.  Tak jatuh martabat Ah Chong kalau jadi drebar Ahmad.  Tapi kenapa tak jadi macam ni?  Sebabnya ekonomi Melayu hanya ibarat telur dihujung tanduk.  Bila berlaku puting beliung sahaja boleh jatuh terburai,  ini belum tsunami lagi.  Sebab itu bila berlaku tsunami ekonomi pada 1997, ekonomi Melayu terus merudum.  Kekuatan ekonomi Melayu tak kukuh.  Ah Chong tak nak jadi drebar Ahmad kerana dia tahu Ahmad boleh jatuh terkangkang bila-bila masa.  Ah Chong juga tak nak jadi drebar Ahmad kerana dia tau ramai kawan-kawan dia yang sebangsa dengan Ahmad kena 'kencing' dengan Ahmad.  Alasan Ahmad tak bayar gaji ialah tak dapat 'payment'.


Jadi sekarang kita taulah kat mana kedudukan ekonomi Melayu.  Ah Chong lagi tau, dimana mantopnya ekonomi Ahmad.  Ah Chong tak nak jadi drebar Ahmad bukan kerana takut jatuh martabatnya.  Tetapi kerana cerita-cerita diataslah.  Jadi, siapa peduli pasal statistik ekonomi Melayu? 



No comments:

Post a Comment