Tuesday, September 13, 2011

Harga Nasi Lemak Bungkus Naik?

Kenaikan harga bahan utama untuk membuat nasi lemak (kukus) komersil telah menjadi bualan dikalangan peniaga makanan, khususnya nasi lemak.  Bahan utama membuat nasi lemak bungkus ialah beras,  santan,  cili kering,  timun, daun pisang selain bahan bakar gas.

Sejak 2 tahun  lepas,  kenaikan bahan utama ini telah melebihi 50%.  Yang paling ketara adalah cili kering.  Harganya pada penghujung 2008 ialah RM6-00 se kg.  Kini mencecah RM16-00 se kg; iaitu kenaikan sebanyak hampir 200% dlm tempoh tersebut.  Harga santan segar pula telah meningkat dari RM5-00 se kg kepada lebih RM8-00 se kg; iaitu hampir 40%.   Harga bahan-bahan lain juga terus meningkat.
image
Kenaikan harga bahan utama membuat nasi lemak tersebut telah memberi kesan kepada peniaga-peniaga/pembekal-pembekal nasi lemak.   Purata harga nasi lemak bungkus daun pisang di bandar Melaka adalah sekitar RM1-00 ke RM1-50 sebungkus dengan saiz sederhana.


Dengan  kenaikan harga bahan  asas yang dinyatakan diatas,  adalah wajar jika harga sebungkus nasi lemak dinaikkan sebanyak 0-10sen sebungkus.  Sebenarnya tak banyak mana pun kenaikan harga sebanyak itu.  Jika sekarang harga dijual ialah RM1-00,  maka wajar ia dinaikkan ke RM1-10.  Kenaikkan ini secara relatifnya tidak memberikan kenaikan untung yang banyak kepada peniaga kerana ianya hanya untuk menampung kenaikan kos bahan utama yang dinyatakan.


Bagaimanapun, sehingga saat ini aku masih membekalkan nasi lemak kepada peniaga dengan harga lama.  Beberapa perbincangan dengan klien aku beberapaa hari ni masih belum ada kata putus.  Apakah kadar kenaikkan yang wajar bagi kami pembekal nasi lemak dan berapa pula dalal (komisen) yang wajar diambil oleh pekedai?    

Sebenarnya aku selesa jika kenaikan itu adalah antara 0-07sen ke 0-10sen.  (Hah!...0-07sen?- pd peringkat borong)  Ya.  Kadar ini sudah cukup untuk nasi lemak yang dijual di warung atau restoran yg dijual pd harga 0-60sen sekarang.  Walaubagaimanapun, ia tanpa daun pisang.  Ramai juga peminat nasi lemak aku dari Singapura yg terkejut dgn harga 0-60sen.  Masih ada lagi ke?  Ya masih ada.  Kalau dinilai pd dollar Singapura hanya berapa 'cents' sahaja.  Ianya hanya boleh didapati di warung sdr Majid (anak kacukan,  ibunya Melayu org Telok Mas, Melaka dan ayahnya India Muslim dari India).  Warung ini terletak di belakang bekas pawagam Capitol, Jalan Bendahara, belakang supermarket Madam King's, Jln Bunga Raya,  ditengah bandar Melaka.


Bagi nasi lemak bungkus daun pisang premium,  aku selesa jika harga borong dinaikkan sebanyak 0-10sen.  Cukup untuk menampung kenaikan kos bahan utama.  Apakah kesannya jika kenaikkan harga ini tidak dibuat kepada pembekal seperti aku?   Sejak 2 tahun kebelakangan ini untung bersih aku telah merosot dari 40% kpd hanya 25-28% sahaja.  Jika harga borong baru diperolehi,  keuntungan bersih akan naik tapi setakat antara 30-35% sahaja.  


Yang menjadi mangsa ialah 2 orang pekerja aku yg tak dapat bonus raya lepas.  Dapat pun ciput sahaja.  Mudah-mudahan jika harga baru diperolehi, dapatlah mereka komisen tambahan ataupun duit bonus lebih utk raya tahun depan.  Insyaallah.


Kepada semua yg suka makan nasi lemak aku,  sesekali hadirkan diri pd setiap hari Jumaat sebelum solat Jumaat di masjid-masjid Kg Hulu/Kg Keling dan masjid Tengkera.   Insyaallah, saudara-saudara semua akan dapat menikmati nasi lemak aku yg disedekahkan oleh seorang jutawan anak Melaka.  Sudah memasuki tahun ke 2 dia terus bermurah hati bersedekah di masjid-masjid tersebut.  Sambil bersedekah dia menolong meningkatkan jualan nasi lemak aku.  


Terimakasih yg tidak terhingga saudaraku.   Semoga saudaraku terus dilimpahi rezeki yg melimpah-ruah dan diberkati Allah setiap usaha saudara.  Amin Ya Rabbal'alamin. 


Harga Santan Semakin Mahal Di Terengganu ..lagi mahal lagi baik..!!!

KUALA TERENGGANU: Orang ramai terutama peniaga makanan di negeri ini meminta pihak berkenaan mengambil langkah segera menyelesaikan masalah harga santan yang semakin mahal.
Ini berikutan harga kelapa di negeri ini kini meningkat kepada RM1.70 sebiji manakala santan dijual pada harga RM7 hingga RM8 sekilogram berbanding RM4 sebelum ini.
Seorang peniaga nasi dagang yang hanya mahu dikenali sebagai Mek Yam, 50, berkata keadaan itu membebankan peniaga sepertinya yang banyak menggunakan santan dalam masakan.
"Saya terpaksa menaikkan harga jualan nasi dagang kerana tidak lagi dapat menampung kos yang semakin mahal," katanya kepada Bernama, di sini.
Peniaga nasi lemak, Habsah Ali, 42, pula berkata kenaikan harga kelapa telah menyebabkan kos pembuatan nasi lemak kini naik hampir sekali ganda.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu Hasan Jusoh berkata kenaikan harga kelapa banyak bergantung kepada bekalan dan antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu ialah pekebun kini lebih suka menjual kelapa muda kerana harganya lebih tinggi.
Katanya bekalan kelapa di Terengganu sekarang ini memang berkurangan dan untuk menampung kekurangan itu, Fama mengimport kelapa dari Indonesia sebanyak 15 tan seminggu.
Katanya harga kelapa sekarang ini tidak stabil iaitu antara RM1.20 hingga RM1.70 sebiji. - BERNAMA


2 comments:

  1. memang tak dapat dinafikan kenaikan harga barang begitu ketara. itu fakta sebenar....
    kesan dari kenaikan itu menyebabkan ramai antara kita terpaksa juga naik.... naik angin.

    ReplyDelete