Wednesday, December 21, 2011

Sudah 12 Tahun Aku Berniaga Nasi Lemak

Setiap kali berada di ambang tahun baru,  perasaan-perasaan baru juga akan muncul dengan sendirinya dalam minda kita.  Sewaktu anak-anak aku masih dibangku sekolah,  rendah dan menengah,  soal  bajet persekolahan anak-anaklah yang akan aku fikirkan.  Baju unifom, kasut, pen/pensil, kotak alat-tulis, beg sandang, kenderaan, yuran PIBG, yuran kelab-sekolah dan pelbagai lagi yang tak sempat dimuatkan dalam page ni.  

Selagi anak-anak tak masuk sekolah di awal tahun baru, ada sahaja peralatan mereka yang tak mencukupi.  Sehinggalah memasuki bulan pertama persekolahan,  ada sahaja benda yang memerlukan duit untuk melengkapkan keperluan mereka.  Kini telah masuk tahun ke 2, aku tak mempunyai perasaan yang sepatutnya ada sebagai ibu-bapa.  Aku tidak lagi mempunyai anak di alam persekolahan rendah dan menengah.  

Empat orang anak aku telah menamatkan alam persekolahan masing-masing.  Ah!  Memang terasa lapangnya fikiran ini.  Tak perlu nak risaukan tentang jadual harian persekolahan mereka. Nak hantar kelas tuisyen di mana?  Kos kelas tuisyen berapa? Bagaimana nak hantar anak ke sekolah, bawa sendiri...sewa bas...tumpang jiran...dan macam-macam perancangan.  Di mana nak hantar anak sekolah agama.  Mengaji Al-Quran dengan siapa?  

Dalam kelegaan memikirkan tentang persekolahan anak-anak,  baru aku terfikir...oh! sudah 12 tahun aku berniaga nasi lemak.  Hanya inilah punca rezeki aku selama ini setelah aku berhenti kerja.  Dan selama inilah juga aku menyara keluarga dan anak-anak bersekolah dengan hanya berniaga nasi lemak.  Aku tak punya kedai atau warung nasi lemak.  Aku hanya proses nasi lemak di rumah, membungkus dan menghantarnya ke kedai, warung kecil/besar di sekitar bandar Melaka.  

Dari mula aku berniaga, aku hanya mempunyai  3 pelanggan yang menjualkan nasi lemak aku.  Hingga kini aku dah punyai 15 pelanggan tetap melanggan nasi lemak aku.  Kekadang tu ada juga permintaan dari pelanggan  baru yang terpaksa di tolak kerana tak menang tangan.  Biasanya pekedai mahukan nasi lemak dihantar sebelum pukul 7 pagi.  Dengan 2 orang pembantu yang menghantar nasi lemak aku,  memang tak larat mereka nak kejar waktu terutama yang agak jauh dari rumah aku. 

Di Melaka ni,  aku memang kenal beberapa orang peniaga kecil macam aku ni yang bertahan hingga lebih 30 tahun hanya berniaga nasi lemak atau warung.  Malah ada yang telah mewariskan perniagaan mereka kepada anak-anak atau pun cucu.  Otai-otai macam ni sememangnya menjadi idola aku.  Mereka boleh hidup senang bahkan ada yang hidup mewah dengan perniagaan kecilan macam ini.  Memang betullah apa yang dikatakan oleh 'jutawan senyap' Dato' Cef Li, dengan kata-kata hikmatnya, "biar kecil asalkan berhasil".

Aku memang memfokuskan perniagaan dari rumah.  Bagi aku, tak perlulah nak cari/sewa kedai untuk memajukan lagi perniagaan nasi lemak aku.  Aku punyai strategi tersendiri macam-mana nak memantapkan perniagaan dari rumah.  Aku memang berasa amat selesa dengan model perniagaan macam ni.  Semua ahli keluarga aku juga lebih selesa begini.

Setelah sekian lama aku  menguruskan perniagaan kecilan secara konvensional,  aku kini beralih ke perniagaan ke 2, iaitu pemasaran internet.  Apa pun ia masih lagi berkonsepkan perniagaan dari rumah. Sememangnya pemasaran internet ni ada banyak model seperti affiliate, ebook, produk digital dan perkhidmatan on-line.  Aku perlu fokuskan dulu kepada satu model perniagaan internet.  Sudah semestinya model affiliate menjadi fokus aku buat permulaan ini.  Aku tak mahu jadi caca-marba dalam pemasaran internet.  Lagi pun aku dah faham sedikit sebanyak bagaimana affiliate berfungsi.  Seolah-olah sama dengan perniagaan nasi lemak aku ni.  Dua entiti iaitu pengeluar dan pemasar bergabung untuk menjual satu produk. Tujuannya supaya 'mass marketing' dapat dijayakan.  

Antara produk affiliate yang telah mula aku pasarkan ialah di 








4 comments:

  1. Saya boleh bekalkan daun pisang kepada tuan..saya d butterworth 0184699397

    ReplyDelete
  2. Saya boleh bekalkan daun pisang kepada tuan..saya d butterworth 0184699397

    ReplyDelete
  3. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete