Thursday, July 7, 2011

Apa Ada Di Masjid Kampung Hulu, Melaka?


MESJID KAMPUNG HULU, MELAKA

MASJID KAMPUNGHULU, MELAKA


Selain terkenal dengan sejarah pembinaannya,  disitu juga ada sejarah aku dengan sahabat lama aku.  Apa kaitan masjid ini dengan perniagaan nasi lemak aku?

Sehingga hari ini sudah masuk tahun ke 2 setiap minggu sebelum solat Jumaat (sekitar pukul 12 tengahari), aku akan menghantar nasi lemak ke masjid ini.  Aku yang bersedekah?  Bukan.  Tapi sahabat aku tu yang bermurah hati mengamanahkan aku supaya menghantar nasi lemak ke masjid ini setiap minggu sebelum solat Jumaat.  Solat Jumaat di mesjid ini agak unik kerana diadakan secara bergilir setiap selang seminggu dengan mesjid Kampung Keling,  maka jika giliran mesjid Kampung Keling mengadakan solat Jumaat,  nasi lemak akan aku hantar ke sana pula.  Jarak antara kedua-dua mesjid dalam 150 meter.

Ceritanya begini;


Setelah agak lama tidak bertanya khabar,  satu hari kami bertemu tanpa disangka.  Aku tahu yang dia sekarang telah sangat berjaya dalam bidang barunya.  Melihat kepada jenis kenderaan mewah yang digunakan sekarang,  dia mungkin telah menjadi seorang jutawan.  Alhamdulillah,  berkat kerja kuat dan sabar  dia telah berjaya sekarang.  Aku masih terkial-kial untuk berjaya dalam bidang aku.


Dia menyapa aku,  "Abang buat apa sekarang"?  "Emm...masih dengan bisnes lama.  Buat nasi lemak", kata aku lemah.  "Wah kau betul-betul tengah naik sekarang eh..." kata aku padanya.  "Ini semua rezeki Allah bang.  Saya cuma usaha saja".  "Berkat doa ibu-ayah agaknya bang",  Dari pengamatan aku sahabat aku ni memang terlalu baik sikapnya kepada dua orang ibu-bapanya.  Dia memang menyanjung tinggi jasa ibu-bapanya yang telah lama membantu dan menyokong apa sahaja yang dibuat oleh sahabat aku ni.  Dia bukannya tak pernah gagal dalam pernigaan.  Dia juga pernah beberapa kali gagal dalam bisnes dan kini dia benar-benar telah bangkit.


"Bang, kalau abang perlukan apa-apa bantuan, beritau saya.  Insyaallah, saya akan bantu mana-mana yang boleh".  Kata sahabat aku ni.  "Bidang bisnes kau dengan abang jauh sangat bezanya.  Rasanya tak ada apa yang kau boleh bantu".  Sambung aku pula.   Aku menggaru kepala yang tak gatal sambil memikirkan apa kerjasama yang boleh kami lakukan antara dua bidang perniagaan yang nampaknya tidak akan wujud keserasian kerjasama.  Kata 'Mat Saleh', 'win-win situation'.


"Hah...!  Tiba-tiba sahabat aku bersuara.  "Abang tau mesjid Kampung Hulu".  "Tau".  Jawab aku pendek.  "Boleh tak kalau setiap hari Jumaat sebelum solat Jumaat abang hantarkan nasi lemak 100 bungkus dan pisang 10 kg kat sana".  "Apa tak bolehnya",  sambung aku penuh musykil.


Katanya lagi, "saya dapat pahala sedekah sambil bantu abang, dan abang dapat duit dari nasi lemak yang abang hantar tu".  "Betul, tak",  sambungnya lagi.  Aku anggukkan kepala tanda setuju.  Antara percaya dengan tidak.


Dia keluarkan lipatan not RM50 dari koceknya sambil berkata, "setiap minggu untuk sebulan berapa semuanya bang?".  "Eh..." kata aku dengan nada terkejut.  "Kau cakap ni betul-betul ke...?"  "Beeeetul bang",  sambungnya lagi.


Aku keluarkan 'hand-phone' dan terus tekan menu 'calculator'.  Kos nasi lemak dan pisang aku campurkan dan beritau padanya.  "Campur semua RM....... seminggu, kalau sebulan RM......",  kata aku lagi.  Dia pun terus mengira jumlah RM dari not RM50 tu dan terus hulurkan pada aku.  Aku sambut RM tu dengan rasa yang amat gembira bercampur keharuan.  Bibir aku terkumat-kamit mengira helaian RM50.  "Cukup,'' kata aku membenarkan jumlah RM yang dia hulurkan pada aku.


Setelah itu kami pun berpisah dan meneruskan tugasan masing-masing.  Sampai dirumah aku terus menceritakan tentang hal diatas kepada isteri aku.  Sememangnya dia gembira sangat dapat tambahan jualan tanpa susah payah.  Dan setiap minggu, pagi sebelum solat Jumaat aku akan menghantar nasi lemak dan pisang sebagaimana diamanahkan oleh sahabat aku tadi.


Dari sinilah sejarah itu bermula.  Sehingga kini sudah lebih 2 tahun sahabat aku tu terus istiqamah bersedekah nasi lemak dan pisang ke mesjid tersebut.  Dan yang paling aku takjub setiap bulan tanpa aku mengingatkan dia,  dia yang lebih dulu tahu yang budget sedekah tu dah habis dan memanggil aku untuk ambil duit sedekah tu dari ibunya dirumahnya di Melaka. 

Apa natijahnya dari peristiwa ini?


Ya.  Aku dapat lihat rezeki sahabat aku ni semakin bertambah.  Bisnesnya memang berkembang amat pesat dan aku dapat tahu dari saudaranya,  dia telah membeli banglo baru dan kemasan dalaman banglo tu hampir RM2 juta.  SUBHANALLAH...sememangnya pahala sedekah akan dibalas Allah dengan gandaan yang melimpah-ruah.


Kepada saudara yang sempat berkunjung keblog ini,  kalau nak rasa nasi-lemak yang sama macam nasi-lemak di coconut shake klebang,  singgah le ke mesjid Kampung Hulu/Kampung Keling setiap pagi Jumaat sebelum solat,  insyallah para musafir sekalian tak akan kecewa.  Apa salahnya kita memberi makan kepada musafir di Rumah Allah yang amat mulia ini.

No comments:

Post a Comment