Thursday, November 1, 2012

Kedai Galvanize, Lorong Hang Jebat, Jonker Walk

Begitulah...Tertera alamat di atas adalah satu lagi out-let yang akan memasarkan nasi lemak bungkus aku.

En Azmin, tuanpunya out-let adalah usahawan tulen.  Beliau juga adalah seorang seniman dalam bidang lukisan,  lulusan UiTM macam aku juga.  Tetapi junior aku beberapa tahun.  Aku kenal dia bukan di UiTM, tapi di internet.  Dalam tercari-cari pembekal nasi lemak tulen kat Melaka ni,  dia terjumpa blog/facebook aku.

Setelah diberitau, dua malam yag lepas,  En Azmin singgah kat rumah aku di Lorong Pandan, Melaka.  Aku cuma meneka...tujuan En Azmin singgah kat rumah aku tu...mungkin mencari kepastian betul ke aku ni supplier nasi lemak tulen...atau part-timers sahaja.  Dan sudah pasti En Azmin akan 'food tasting' sample nasi lemak bungkus aku.

Sudah pasti En Azmin akan mencari supplier yang serius.  Maklumlah...En Azmin telah melabur ribuan ringgit untuk memulakan Kedai Galvanize nya di bandar Melaka ni.  Aku kagum dengan semangat beliau.  Barang diingat, sebuah kedai heritage di kawasan Jonker Walk sewanya bukan murah.  Paling kurang RM2,000.  Melihat kepada saiz out-let yang di sewa En Azmin aku anggarkan dia membayar sewa disitu tak kurang RM3,000 sebulan.  Fikir sendirilah...kalau 3 bulan deposit?  Deposit air/api?  Dan En Azmin juga ada melakukan sedikit ubah-suai kepada premis tersebut.

Apa kena mengena nama 'Kedai Galvanize' dengan warung kopi?  Sudah pasti anda semua tertanya-tanya.  Saya sudah tau jawapanya.  En Azmin sendiri yang beritau.  Kalau anda semua nak tau...pergilah singgah dan minum-minum di 'Kedai Galvanize', No.45, Lorong Hang Jebat, Jonker Walk.  Hari ini juga.  Mungkin kalau anda bernasib baik, anda akan dapat cenderahati dari buah-tangan En Azmin sendiri sempena pembukaan out-letnya.

Dan yang pastinya hasil dari jualan aku di Kedai Galvanize ni akan aku jadikan tabung ke 5 aku.  Tabung ke 5?  Tabung 1, 2, 3 dan 4 tu ape?

Anda ingat tak...dalam page blog yang lepas aku ada ceritakan pasal  pentingnya tabung kepada peniaga kecil macam aku ni.  Dan juga istilah 'ekonomi bidangan'?  Kalau nak tau...anda boleh PM kat facebook aku...fb.com/sofianms.

Cerita pasal tabung ni,  Dr Azizan Osman ada cerita.  Dan guru aku Cef Li pun ada cerita.  So...cerita tabung ni sahih. 

Aku doakan Selamat Maju dan Jaya kepada En Azmin dan Kedai Galvanize nya.  Dan kepada semua peniaga-peniaga kecilan macam aku ni, aku doakan kalian semuanya beroleh kesihatan yang luarbiasa dan sentiasa senyum dengan pelanggan...kalau pelanggan tak beli pun...anda dah dapat pahala, kerana senyuman adalah sedekah.

   


No comments:

Post a Comment