Bermula dari awal tahun 2013, aku agak sibuk mengendalikan perniagaan nasi lemak hingga kekurangan masa untuk up-date blog ni. Aku biasa mula bekerja dari jam 4.00 pg hingga 6.00 ptg bergantung kepada permintaan harian dan juga tempahan pelanggan. Walaupun masa aku bekerja agak panjang, tetapi disebabkan semua urusan dilakukan di rumah, aku agak selesa dan kurang tekanan.
Walaubagaimanapun, pembaca masih boleh mengikuti perkembangan bisnes aku melalui fanpage di
http://www.facebook.com/pages/Nasi-Lemak-Moon/157739394317230?ref=digest_email
Aku yakin semua pembaca akan bersetuju dengan aku , kalau aku katakan rezeki dari perniagaan adalah yang terbaik, kerana sebagai seorang peniaga kita sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah agar perniagaan kita sentiasa mendapat permintaan dari pelanggan. Tugas kita sebagai peniaga adalah untuk mengeluarkan produk yang sebaik mungkin dan mengekalkan kualitinya bersesuaian dengan harga yang ditetapkan. Kita berserah kepada Allah agar Allah sentiasa membukakan pintu hati pelanggan kita agar terus menikmati keluaran kita dan pelanggan sentiasa rasa senang hati untuk berurusan dengan kita.

Aku rasa untuk up-date status di fb adalah mudah. dan santai berbanding blog yang memerlukan bahan yang agak lebih serius.
Aku yakin semua pembaca akan bersetuju dengan aku , kalau aku katakan rezeki dari perniagaan adalah yang terbaik, kerana sebagai seorang peniaga kita sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah agar perniagaan kita sentiasa mendapat permintaan dari pelanggan. Tugas kita sebagai peniaga adalah untuk mengeluarkan produk yang sebaik mungkin dan mengekalkan kualitinya bersesuaian dengan harga yang ditetapkan. Kita berserah kepada Allah agar Allah sentiasa membukakan pintu hati pelanggan kita agar terus menikmati keluaran kita dan pelanggan sentiasa rasa senang hati untuk berurusan dengan kita.
Walaupun kita telah berusaha sedaya mungkin untuk mengeluarkan produk terbaik, tetapi belum tentu pelanggan akan terus terbuka hati untuk membeli produk kita. Banyak lagi produk-produk keluaran pengusaha lain di pasaran dan bersedia untuk memberikan saingan kepada produk kita. Oleh itu, hanya dengan cara berdoa dan bertawakkal kepada Allah antara daya-usaha kita agar produk kita terus berada di hati pelanggan kita.
Baru-baru ini aku telah memiliki dan membaca buku terbaru Dr Azizan Osman bersama Sdr Aqif Azizan, 'Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan'.
Aku petik antara kata-kata Dr Azizan dalam bukunya. "Bagi yang beragama Islam, satu daripada hadis popular yang sering menjadi pendorong kepada umatnya memulakan perniagaan adalah, "9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan."...namun nisbah yang gagal hampir sama iaitu 9/10 perniagaan yang ditubuhkan kurang 3 tahun akhirnya tutup kedai. Adakah hadis ini hanya memberikan harapan palsu kepada pengamalnya? Jawapannya...? Pembaca semua carilah jawapannya sendiri dengan memiliki buku tersebut.
Kepada peniaga-peniaga, samada besar atau kecil, buku tersebut dapat membarikan idea-idea bernas bagaimana melakukan pemasaran secara betul. Antaranya, '9 DOSA BESAR DALAM PERNIAGAAN'.
Selama ini kita tau, menipu pelanggan adalah antara dosa besar, tetapi di dalam buku ini, penulis telah memperincikan dosa-dosa tersebut jauh melangkaui apa yang biasa difikirkan oleh kita semua.
Dr Azizan mempunyai latar-belakang sistem pendidikan China yang agak kukuh. Sudah pasti rahsia-rahsia kejayaan kaum Tionghua dalam perniagaan juga dimuatkan di dalam buku ini. Bacalah.
Kembali semula kepada tajuk persoalan aku pada coretan kali ini...'Tahun 2013 Yang Huru-hara'.
Aku mengambil tajuk ini dari sudut positif. Sejak awal tahun ini, aku dapat rasakan permintaan terhadap nasi lemak kami agak mendadak peningkatannya. Syukur Alhamdulillah...terimakasih Allah. Aku ingin menyelesaikan masalah..."siapa yang nak datang kerja mula pukul 3 pagi?"
Kita semua tahu, salah satu sebab bagaimana seseorang boleh menjadi jutawan adalah kerana berjaya menyelesaikan masalah orang-ramai. Masalah kegelapan malam telah menyebabkan Thomas Alva Adison menjadi jutawan mentol elektrik. Masalah perhubungan telah menyebabkan Graham Bell menjadi jutawan telefon. Dan masalah perhubungan dan penyampaian maklumat secara maya telah menyebabkan Bill Gate menjadi billionar.
Dan aku juga berharap agar masalah..."siapa yang nak datang kerja mula pukul 3 pagi?" juga membuka peluang kepada beberapa orang lagi akan menjadi jutawan.
Aku dengan ini membuka tawaran kepada sesiapa sahaja yang dapat membekalkan 'mesin pembungkus nasi lemak' kepada syarikat aku. Setahu aku belum ada lagi terdapat mesin seumpama itu di dunia. Aku bersedia untuk memberikan kerjasama penuh supaya mesin seumpama itu dapat dibangunkan. Kepada penyelidik-penyelidik bidang kejuruteran di universiti/kolej aku amat mengalu-alukan agar ada dikalangan saudara disana dapat menyahut pelawaan aku ini.
Kepada pelajar-pelajar kejuruteraan yang sedang pening mencari produk kajian dalam tesis Master/Phd, aku berharap agar mereka dapat mengusahakan sesuatu agar mesin pembungkus seumpama ini dapat dibangunkan. Aku bersedia untuk menyumbangkan idea bagaimana mekanisma mesin tersebut harus berfungsi dan menghasilkan pembungkusan yang sewajarnya.
Prospek jualan nasi lemak bungkus daun pisang masih mempunyai pemintaan kukuh masa kini dan akan datang. Cara membungkus nasi lemak daun pisang ada keunikannya sendiri. Di Nasi Lemak Moon, nasi lemak dibungkus dengan agak teliti supaya serangga tidak mudah hinggap dan masuk dalam bungkusan. Pengekalan aroma daun pisang juga menjadi ciri penting agar nasi lemak terus menjadi pilihan kepada pelanggan berbanding nasi lemak pinggan. Dan banyak lagi ciri-ciri tarikan lain yang ada pada nasi lemak bungkus daun pisang.