Tuesday, October 25, 2011

Setiap Kali Bajet, Inilah Ceritanya...Sampai Bila? Tetapi Kenapa Melayu Sahaja


ehsan: utusan on-line 7/10/2012

Nasib peniaga kecil perlu dibela

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Belanjawan 2012 yang dibentangkan pada Jumaat ini diharap menjadi penggerak bagi menjayakan program membantu usahawan kecil di bawah Skim Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik).
Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Datuk Bahrim Abdul Razak berkata, skim tersebut perlu berjalan seperti dirancang bagi membela nasib usahawan kecil.


"Bantuan kepada para peniaga dan penjaja kecil sebanyak RM50 juta diharap dapat ditambah kepada RM500 juta kerana ia tidak mampu membantu lebih 500,000 peniaga dan penjaja kecil Melayu yang berdaftar di seluruh Malaysia.
"Pinjaman kewangan tanpa faedah kepada peniaga dan penjaja ini perlu dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 dan RM10,000 kepada RM30,000," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas harapan peniaga dan penjaja kecil sempena pembentangan Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat esok.
Bahrim berkata, setakat ini hanya Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberikan pinjaman tanpa faedah kepada golongan peniaga dan penjaja kecil.


"Saya juga berharap agar nasib peniaga dan penjaja kecil di seluruh negara akan terbela," katanya.
Beliau menambah, Tabung Pemulihan Usahawan Kecil Dinamik (TPUKD) sebanyak RM100 juta perlu diwujudkan sebagai tabung pemulihan bagi peniaga dan penjaja yang tidak mampu menyelesaikan hutang dengan segera.

Tuesday, October 18, 2011

Apa Ada di MITC Melaka Pada 16/10/11?

Mentor aku Dr Azizan Osman (DAO) sekali lagi kembali ke Melaka untuk seminar marketing powernya.  Kali ini aku agak terkejut kerana tiba-tiba pada pukul 10 malam Sabtu,  pembantu DAO telefon aku memberitahu aku yang DAO nak order 300 bungkus nasi lemak pada pagi esok.


"Helo...bang.  Saya pembantu DAO.  Ni nak bagi tau abang yang DAO nak order 300 bungkus nasi lemak pagi esok.  Mesti sampai di Dewan MITC pukul 6 pagi".


Aku tau yang DAO ada sesi seminar marketing powernya pada pagi tu di sana kerana aku ada mengikuti FBnya.  Aku dapat rasakan debaran yang luar-biasa.  Maklumlah DAO yang order.  Rasa macam-macam.  Sebabnya jarang ada orang yang akan order last minit macam tu.  Biasanya untuk mereka yang nak order banyak tu mesti buat tempahan 2 hari lebih awal.  Untuk 300 bungkus nasi lemak,  15 kg beras diperlukan.  Dan untuk memprosesnya secara dikukus memang agak rumit. Dalam hati aku berkata,  "Aduh...DAO ni...kalau nak order sekalipun beritau awallah...entah cukup ke tidak stok yang ada tu".  Nak kata tak sanggup.  Giler...Sebab DAO dah pesan banyak kali.  Fikir positif...Fikir positif...Fikir positif.


Jadi aku dalam kekhuatiran antara cukup atau tidak stok nasi lemak aku esok.  Dalam perkiraan aku,  biasanya aku akan siapkan stok nasi lemak di pagi Ahad sebanyak 700 bungkus.  Itu untuk pelanggan biasa yang terdiri dari pekedai makan dan warung di bandar Melaka.  Dalam perkiraan logik memang tak cukup nasi lemak aku untuk DAO.


Aku teringat kata-kata guru aku, Ustaz Rahim al-Hafiz.  "Kalau ditakdirkan kita ada membuat khenduri meraikan kaum-kerabat,  tiba-tiba kita rasa ragu makanan yang disediakan cukup atau tidak,  cepat-cepatlah kita berselawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. dan ingatkan peristiwa peperangan Khandak".  


Telah ditakdirkan seorang sahabat Rasulullah berbisik kehadhrat Rasul bahawa beliau ingin menjemput Rasulullah dan beberapa orang yang rapat dengan Baginda hadir kerumah.  Sahabat Baginda ini adalah penduduk asal Madinah dan ada memotong seekor kambing untuk dibuat khenduri untuk menjamu Baginda.   Sahabat ini memikirkan seekor kambing tentu tidak cukup untuk menjamu begitu ramai para pejuang Islam yang telah bertungkus lumus dalam peperangan Khandak.  Sebab itu dia menyuarakan jemputan khenduri itu kepada Baginda dan sahabat terdekat sahaja.


Rasulullah apabila mendapat jemputan ini terus sahaja mengumumkan kepada semua para hadirin yang ada supaya pergi ke rumah sahabat tersebut.  Sahabat tersebut (kalau tak silap aku Saidina Jabir)  terus terkejut dengan pengumuman Baginda,  kerana dia tahu makanan yang tersedia dari seekor kambing tidak akan mencukupi dengan jumlah jemputan yang begitu ramai.


Begitulah sikap Rasulullah S.A.W.  Baginda tidak pernah meninggalkan sahabat yang lain,  hatta dalam kisah ini pun kita dapat mengambil iktibar bahawa kasih-sayang Baginda kepada umatnya tak pernah lekang.  Diakhir kisah,  dengan berkat Rasulullah semua yang hadir dalam majlis itu dapat makan dengan kenyang.    
 

Aku pun terus sahaja berselawat ke atas Rasulullah dan mengingatkan akan kisah sahabat ini.  Alhamdulillah,  stok nasi lemak yang telah aku siapkan cukup,  untuk pelanggan biasa dan DAO.


Aku ingatkan DAO nak bersedekah kepada peserta seminar hari tu.  Rupa-rupanya dia suruh aku jual nasi lemak kat seminar tu.  Huh...!  Itulah sikap sebenar DAO.  Dia akan ambil peluang tanpa berfikir panjang.  Pemikiran DAO sebenarnya terlalu jauh kedepan melangkaui masa.  Sementara kita berfikir boleh atau tidak,  DAO telah 'berTINDAK' jauh ke depan.  'OPPORTUNITY' kepada DAO bukanlah untuk dihebohkan sekuat suara.  Tetapi 'OPPORTUNITY' kepada DAO adalah 'TINDAKAN'.  Merancang disaat akhir bukanlah kesilapan jika tanpa TINDAKAN.  Syabas DAO.  Walaupun aku dah dikira berjaya dalam perniagaan nasi lemak ni,  rupa-rupanya masih ada ruang kosong yang perlu diisi.  Sekali lagi...terimakasih yang tidak terhingga DAO.


Tapi aku marah (marah sayang) pada DAO,  pada hari tu kerana pecah tembelang.  DAO telah memberitahu peserta seminar bahawa jualan harian aku sudah melebihi 1,000 bungkus sehari.  Alamak!  habis aku.  Walaubagaimanapun,  nantikan kemunculan RICHMOON NASI LEMAK secara massa di SHAH ALAM sedikit masa nanti.  Boleh ke DAO?  Bravo.  





                        Berniaga Nasi Lemak di MITC, Melaka

   

Monday, October 10, 2011


ehsan :  www.koridor-utara.com


Bajet 2012 Peluang dan Ancaman Besar Untuk Usahawan

Bajet 2012 Peluang dan Ancaman Besar Untuk Usahawan
Antara reality dan fantasi. Berikut adalah analisis secara tidak rasmi untuk peluang dan ancaman bagi golongan usahawan 2012.
Tahukah anda 2012 adalah tahun paling mencabar sesiapa saja yang berniaga? Ini kerana factor krisis ekonomi di Amerika dan Eropah menjadi factor pendorong utama kelembapan ekonomi. Sama ada usahawan Malaysia khususnya orang Melayu sudah bersedia menghadapi ancaman besar ini terpulanglah.
Rata-rata peniaga kecil banyak yang mengeluh dengan factor harga barangan yang naik secara senyap yang memang tak diumum pun dalam media massa rasmi Negara. Dengan factor ini cukup menekan dan membimbangkan mana-mana peniaga terutama orang melayu. Dah la modal kecil, harga barang pun naik, untung pulak ciput, mana la nak boleh pi jauh. Apatah lagi nak bayangan hantar barang pi luar Negara. Hanya peniaga kaya yang mempunyai mempunyai idea, wang besar, barangan cukup saja yang dapat buat. Yang ada dua tiga kupang, meniaga kecil-kecil lah jawabnya.
Satu lagi, tahun depan akan wujud lebih ramai peniaga-peniaga kecil sebab kerajaan dah bagi Tekun suntikan mudah up jadi RM300 juta. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga akan menyediakan 2.1 bilion ringgit. Termasuk untuk Cina RM100 juta dan India RM100 juta juga. Perghhh….
Minta maaf la kalau hangpa tak suka. Rasanya disini, ramai lagi orang melayu akan makan kuah, dak pun tulang. Sebab apa? Sebab bila dah ramai mula niaga, dengan idea kurang, kemahiran kurang, paling banyak yang muncul confirm jual nasi lemak, jual nasi, goreng pisang naik macam cendawan. 2011 mungkin kita sorang jual nasi lemak, 2012 perghh yang tak tahan mungkin 50 orang lebih jual nasi lemak. Orang jual lebih dari orang nak beli. So, aku harap kalau nak bisnes pun, juallah benda lain sama, kalau idak tak idup usahawan melayu. Harap orang Melayu ubah sikit mentality nak berniaga. Saranan aku pi kursus kemahiran, lepas tu kalau rasa boleh start kecik-kecik. Jangan tengok orang jual kopok lekor, 100 orang turut sama jual kopok lekor. Biar 100 orang niaga 100 jenis yang ad beza. Baru boleh idup.
SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta bagi memberi peluang kedua kepada usahawan yang gagal buat kali pertama. Ni pun satu peluang bagi usahawan Melayu. Benda ni bukan baru bagi yang tak tahu. Peluang Usahawan gagal kali pertama diberi dana pemulihan telah mula ketika zaman Tun Mahathir dulu lagi, lepas tu stop. La kira nak buka balik.
Sorry to say, hangpa ingat senang. Pi la cuba nasib. Kot-kot untung boleh pulih kompeni hangpa. Yang aku tau, panel depa nilah yang paling payah. Kira hangit, macam la tu duit depa. Masa ekonomi gawat dulu ramai orang melayu lingkup. Yang paling best, lagi lingkup bila dapat dana ni. Aku harap, geng panel yang tak pernah berniaga ni, yang rasa terlalu hebat, yang rasa terlalu pandai berniaga, yang rasa duit hangpa punya ni, tolonglah faham sampai ke akar umbi setiap permohonan terutama orang Melayu. Yang pertama aku tabik spring kat hangpa, tolong pastikan orang Melayu terus boleh hidup, terus boleh niaga. Yang kedua, pastikan tolong bab marketing mereka bagi strong. Yang ketiga, pastikan kalau dah memang sah tak boleh tolong jangan la tolong. Buat tambah hutang saja lagi.
Yang lain dana-dana mudah hangpa cek sendiri. Banyak kat google. Taip sendiri. Nanti aku update pelan-pelan.

Wednesday, October 5, 2011

Berdebar Tunggu Reaksi Pelanggan

Aku bersyukur kehadrat Allah kerana pelanggan nasi lemak bungkus aku memahami keperluan aku untuk menaikkan harga jualan nasi lemak dari 0.60 sen kepada 0.70 sen bagi outlet milik En Majid (Jln Bunga Raya, belakang Madam's King Supermarket) dan warung En Zakaria (Babu) di Jln Air Leleh, Bukit Gedong.


Berkuat-kuasa 1 Okt 2011,  di kedua-dua outlet di atas harga jualan telah dinaikkan.  Setelah beberapa siri rundingan dengan pemilik outlet,  kami telah mencapai persetujuan yang harga jualan perlu dinaikkan memandangkan kenaikkan harga bahan utama membuat nasi lemak khususnya cili kering dan santan  telah meningkat begitu tinggi.  


Seingat aku telah hampir 8 tahun warung di atas kekal dengan harga jualan 0.60 sen sebungkus.  Aku seharusnya berterimakasih kepada pelanggan warung tersebut kerana memahami situasi harga bahan mentah sekarang dan kewajaran kenaikkan harga.   Kebanyakkan pelanggan aku di kawasan tersebut adalah dari kalangan yang berpendapatan rendah.   Mereka terdiri dari pesara-pesara yang biasanya lepak-lepak di warung tersebut setelah solat subuh.   Ada juga yang membeli bungkus untuk hidangan sarapan keluarga.   Pekerja-pekerja am dan kakitangan bank juga menjadikan warung tersebut tempat mengisi perut.  Selain itu, kedua-dua warung tersebut terkenal dengan keenakkan teh-tariknya.    Kesedapan teh-tarik dikedua-dua warung hampir sama.   Maklumlah,  kedua-dua pemilik warung adalah India-Muslim.   Biasalah tuuu...


Setelah 5 hari berlalu,  jualan harian nasi lemak aku di kedua-dua outlet adalah sama seperti sebelum kenaikkan harga.   Alhamdulillah...