Sunday, July 24, 2011

Terimakasih...Promosi Percuma


Wednesday, July 20, 2011

Coconut Shake lagiiiii....


hahahaha... macam yang korang dah tau laa kan sebelum ni... kan aku ada cakap kalo aku gi Melaka mesti takkan miss pergi makan kat Klebang Coconut Shake... kali ni aku gi dengan adik-adik aku sekali dan korang boleh bayangkan laaa camne kitorang adik beradik boleh memberikan untung yang berlipat kali ganda kat taukeh nasi lemak dan taukeh coconut shake Klebang tu... hahahaha...





Jumlah santapan
Nasi lemak = 10 bungkus
Mee Goreng = 1 bungkus
Coconut Shake = 4 cawan
Karipap = 10 keping

Thursday, July 14, 2011

Selain Usaha Kita; Amalan Spiritual Juga Amat Penting

(Ehsan http://blog.its.ac.id/syafii/2008/11/18/20-amalan-murah-rezeki-2/)

20 Amalan Murah Rezeki : Inilah Amal Pembuka Pintu Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah. Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sumber http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=1559&extra=page%3D2
Inilah Amal Pembuka Pintu Rezeki
Diantara pintu yang akan mengantarkan pintu rezeki, dan menjauhkan dari kesempitan hidup adalah :
1.Membaca “La ilaha illahah”.
Barang siapa yang lambat rezekinya hendaklah banyak mengucapkan la hawla wala quwwata illa billah (HR.At-Tabrani.
2.Membaca “La ilaha illallahul malikul haqqul mubin”.
Barangsiapa yang membaca “La ilaha illallahul malikul haqqul mubin”, maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur”. (HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami).
3.Melanggengkan Istighfar.
“Barangsiapa melanggengkan istighfar, niscaya Allah mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan dan memberikan dia rezeki dari arah yang tidak diduganya”. (HR.Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
4.Membaca Surah Al-Ikhlas.
“Barangsiapa yang membaca surah al-Ikhlas ketika masuk rumah, maka (berkah bacaan) menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya”. (HR.Tabrani).
5.Membaca surah al-Waqi’ah
“Barangsiapa membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”. (HR. Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman).
6.Memperbanyak Shalawat atas Nabi Shallahu Alaihi Wa Sallam.
Ubay bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam berdiri seraya bersabda, “Wahau manusia, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat), pertama kemudian diiringi tiupan keuda. Akan datang kematian dan segala kesulitan yang ada di dalamnya”.
7.Membaca “Subhanallah wabihamdihi subhanallahil ‘adzhim.
..dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai diberikan untukmu sampia hari Kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”. (HR.Al-Mustaqfiri dalam Ad-Da’wat, dinukilkan dari Ihya Ulumuddin al-Ghazali).
Sementara itu, diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ada beberapa orang musyrik yang telah berbuat maksiat dan dosa, yaitu mereka membunuh dan berzina. Maka, m ereka menghadap Rasulullah untuk bertobat. Mereka pun bertanya kepada beliau, apakah akan diterima tobat mereka? Maka, turunlah ayat ini yang menerangkan hendaknya jangan berputus asa untuk terus mencari ampunan Allah Rabbul Alamin.
Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang”. (Al-Qur’an : Az-Zummar : 53)
Sumber http://www.eramuslim.com/nasihat-ulama/inilah-amal-pembuka-pintu-rezeki.htm

Tuesday, July 12, 2011

Biar Kecil Asalkan Berhasil


(EHSAN :http://puanainonmohd.blogspot.com)


SABTU, 6 NOVEMBER 2010

Tip Mendapatkan Modal: Strategi Meminjam Dari Diri Sendiri


Seorang rakan Facebook saya yang bernama Tn. Zulkifli Sharif, menulis komen pada posting saya yang bermanfaat dibaca:

Ada seorang peniaga sandal yang buat bisness kerana minatnya dan beliau masih bekerja. Idea beliau:

Menggadaikan emas milik isterinya yang dibeli beberapa tahun lalu di Bank Rakyat dan dijadikan modal.

Sebahagian keuntungan digunakan untuk menebus emas itu kembali. Sebahagian digunakan untuk modal pusingan. Dan sebahagian lagi digunakan untuk hidupnya.


Dan yang menariknya, keuntungan yang selebihnya beliau gunakan untuk membeli emas lagi. Kerana katanya, emas itu saban tahun akan memberi lebih tinggi nilai gadaiannya kerana harga pasaran emas yang terus meningkat.

Katanya lagi, emas yang sama telah membantu beliau berkali-kali untuk memberikan modal tanpa membuat pinjaman peribadi kepada bank.

Dia kata, cara paling mudah untuk mengeluarkan modal adalah melalui emasnya. Dan beliau tidak pelik kerana beliau belajar dari mereka yang berada di Pantai Timur.

Jadi, sebenarnya untuk peniaga kecil, mungkin ini salah satu cara yang anda boleh lalukan kalau setakat nak berniaga bermodalkan 2000 ringgit.

Kalau anda makan gaji, belilah emas yang betul emas tanpa batu. Kemudian gunakanlah gadaiaan emas (Ar Ranhu ) itu sendiri untuk membina modal.

Berhutang dengan sandaran emas seperti anda berhutang dengan diri anda sendiri. Pihak bank hanya mengambil upah simpan.


.

Monday, July 11, 2011

Antara Rahsia Kejayaan Dlm Perniagaan

Coconut shake Klebang

SHAFIE Ahmad menyediakan minuman coconut shake di gerainya di Klebang, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 1 Mac - Minuman air kelapa muda sudah terlalu lumrah dan cukup popular dijual di mana-mana kedai atau restoran.

Tetapi air kelapa segar yang dicampur dengan aiskrim pastinya sesuatu yang pelik didengar namun di Klebang ia menjadi perhatian kerana keenakannya membuatkan mereka yang menikmati minuman ini pasti akan datang lagi.
Air kelapa segar yang dicampur dengan aiskrim pelbagai rasa dan dikenali coconut shake cukup di kenali di Klebang dan jangan terkejut jika ternampak orang ramai memenuhi setiap ruang gerai kecil di tepi jalan menjual minuman itu.
Bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk setempat malah orang dari luar Melaka dan pelancong asing juga cukup mengenali gerai ini yang sentiasa dipenuhi dengan pelanggan setiap masa.

Gerai yang diberi nama Coconut Shake Klebang ini, juga menyediakan beberapa minuman segar lain seperti air kelapa dan tebu yang hanya dikopek dan dimesin jika ada permintaan sahaja.

Bagi yang berkunjung ke sini khususnya mereka yang datang dari luar Melaka, gerai ini menjadi tempat persinggahan awal sebelum mereka berkunjung ke beberapa lagi tempat menarik di bandar ini.
Coconut shake yang disediakan di gerai ini, tidak sama seperti di gerai lain kerana kelazatannya apatah lagi dengan campuran aiskrim, air kelapa, gula, isi kelapa dan air batu begitu membangkitkan selera pengunjung yang menikmatinya.

Sudah menjadi kebiasaan sekiranya anda terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk membawa balik coconut shake begitu juga mereka yang datang mencari tempat duduk sehingga adakalanya terpaksa berebut-rebut.
Anda perlu banyak bersabar menanti giliran, pastinya anda akan rasa berbaloi apabila dapat menikmati coconut shake yang begitu menyelerakan ini.

Pemilik gerai, Shafie Ahmad, 47, berkata, dia mula menjual air kepala dan tebu secara kecil-kecilan sejak hampir lima tahun lalu.

Beliau yang merupakan pesara tentera mendapat keuntungan hanya RM5 sehari ketika itu dan terpaksa melalui beberapa detik sukar sebelum gerainya mula dikenali seperti hari ini.

Atas dorongan ahli keluarga terutama adik iparnya, maka dia mencuba untuk membuat intipaticoconut shake yang mampu untuk membangkitkan rasa yang unik dan lazat.

Setelah beberapa kali mencuba untuk mencari rasa yang sesuai, akhirnya wujudlah minumancoconut shake yang dapat anda nikmati seperti sekarang dan ramuannya tidak pernah diubahsuai untuk menjaga kualiti dan rasanya.
''Ramai orang cakap minuman coconut shake saya sedap, tapi bagi saya ia biasa sahaja kerana semua ramuannya saya buat menggunakan isi dan air kelapa yang segar dan aiskrim berjenama.

''Terdapat juga pengunjung yang bertanya ilmu apa yang saya gunakan sehingga dapat menggamit begitu ramai pelanggan dan rahsianya saya menjaga ahli keluarga saya untuk rajin bersedekah dan mesra pelanggan,'' katanya.
Setiap segelas minuman coconut shake yang biasa boleh didapati dengan harga semurah RM1.50 dan untuk dibawa balik pula harganya RM1.80.
Untuk menambah lagi keenakan minuman tersebut mereka boleh meminta untuk menambah aiskrim dengan harga RM2.00 dan RM2.20.

Menurut Shafie, setiap hari ada lori yang akan menghantar 18 kotak aiskrim berjenama ke rumahnya dan hampir 200 biji kelapa mataq yang dibeli dari seorang peniaga Cina Segamat.
Tambahnya, dia mampu menjual minuman coconut shake sehingga lebih 1,000 gelas pada hujung minggu dan setiap bulan mampu meraih pendapatan sehingga RM3,000.
Satu lagi rahsia kejayaan perniagaannya ialah duit hasil jualannya setiap hari akan disimpan sedikit untuk dibayar zakat pada setiap tahun.

''Isteri saya dipertanggungjawabkan untuk mengasingkan wang hasil jualan untuk tujuan zakat dan alhamdullilah tahun lepas saya membayar zakat berjumlah RM3,000 hasil keuntungan yang diperoleh,'' katanya.
Shafie juga menasihatkan ahli keluarganya untuk selalu bersedekah dan jangan berkira terutamanya kepada pelanggan yang datang kerana dari situ rezekinya datang.

''Saya tidak pernah berkira dengan pelanggan saya, sekiranya mereka tidak ada duit kecil saya halalkan sahaja kerana saya tahu pada masa akan datang mereka akan kembali dengan membawa lebih ramai kawan,'' katanya.
Selain itu juga, dia amat mementingkan kebersihan gerainya kerana itu menjadi tarikan untuk pelanggan terus datang.
Katanya, kebersihan amat penting untuk menjaga hati pelanggan kerana jika ia tidak dititikberatkan, pelanggan tidak berasa selesa untuk datang berkunjung terutamanya mereka yang berkeluarga.

Beliau berkata, gerai minumannya beroperasi setiap hari bermula pukul 12.30 tengah hari sehingga 6.30 petang.
Ditanya sama ada beliau ingin mencari kawasan yang lebih luas untuk gerainya, Shafie berkata, dia sudah sebati dengan tempat tersebut kerana di situlah rezekinya datang mencurah-curah.
''Terdapat juga pelanggan yang menyarankan saya untuk mencari kawasan yang lebih luas, tetapi saya lebih selesa berniaga di sini kerana semua pelanggan saya sudah tahu tempat ini,'' katanya.
Selain menyediakan air coconut shake, tebu dan kelapa, gerai ini juga menjual nasi lemak, mi dan aneka kuih untuk sama-sama dinikmati pada waktu operasinya.

Se Hari Selepas BERSIH...Jalan Raya Dah Bersih

Semalam lepas kenduri di rumah anak saudara yang berpindah ke rumah barunya di taman KLIA indah,  aku dan isteri pergi le masuk bandaraya KL.  Kat mana lagi kalau tak ke Jln Masjid India dan sekitarnya.  Apalagi kalau dia tak cari tudung, baju melayu dan kain ela.  Sambil tunggu dia orang shopping aku jalan2 sekitar tempat laluan BERSIH.  Memang dah bersih lah.

Pagi tu sampai dlm kul 10 pg.  Masih sunyi.  Tanya2 gak pekedai kat situ.  Ada apa2 kesan dari BERSIH.  Kebanyakkan mereka beri jawapan selamat.  "Biasalah bang.  Kita ni berniaga.  Kalau boleh memang nak untung selalu.  Semalam kebanyakkan orang tak bukak kedai.  Bila tak bukak kedai tak masyuklah.  Itu saja.  Saya  tak nak salahkan BERSIH dan tak boleh salahkan kerajaan.  Masing2 ada cara sendiri utk menyuarakan pendapat.  BERSIH betul...kerajaan pun apa salahnya sangat.  BERSIH nak betulkan kerajaan.  Kerajaan pun ada hak utk menjaga keselamatan negara.   Jadi...dua-dua pun ada betul dan salahnya."

Terpulanglah...ape2 pun sebagai seorang peniaga aku tak boleh campur sangat politik ni.  Para pelanggan aku memang ada berbagai pendapat dalam hal ini.  Yang penting aku hanya mendengar pendapat mereka dan tak perlu nyatakan suara hati aku sendiri.  Takut juga ada pelanggan aku yg emosional.  He...He...He...Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.  

Thursday, July 7, 2011

Apa Ada Di Masjid Kampung Hulu, Melaka?


MESJID KAMPUNG HULU, MELAKA

MASJID KAMPUNGHULU, MELAKA


Selain terkenal dengan sejarah pembinaannya,  disitu juga ada sejarah aku dengan sahabat lama aku.  Apa kaitan masjid ini dengan perniagaan nasi lemak aku?

Sehingga hari ini sudah masuk tahun ke 2 setiap minggu sebelum solat Jumaat (sekitar pukul 12 tengahari), aku akan menghantar nasi lemak ke masjid ini.  Aku yang bersedekah?  Bukan.  Tapi sahabat aku tu yang bermurah hati mengamanahkan aku supaya menghantar nasi lemak ke masjid ini setiap minggu sebelum solat Jumaat.  Solat Jumaat di mesjid ini agak unik kerana diadakan secara bergilir setiap selang seminggu dengan mesjid Kampung Keling,  maka jika giliran mesjid Kampung Keling mengadakan solat Jumaat,  nasi lemak akan aku hantar ke sana pula.  Jarak antara kedua-dua mesjid dalam 150 meter.

Ceritanya begini;


Setelah agak lama tidak bertanya khabar,  satu hari kami bertemu tanpa disangka.  Aku tahu yang dia sekarang telah sangat berjaya dalam bidang barunya.  Melihat kepada jenis kenderaan mewah yang digunakan sekarang,  dia mungkin telah menjadi seorang jutawan.  Alhamdulillah,  berkat kerja kuat dan sabar  dia telah berjaya sekarang.  Aku masih terkial-kial untuk berjaya dalam bidang aku.


Dia menyapa aku,  "Abang buat apa sekarang"?  "Emm...masih dengan bisnes lama.  Buat nasi lemak", kata aku lemah.  "Wah kau betul-betul tengah naik sekarang eh..." kata aku padanya.  "Ini semua rezeki Allah bang.  Saya cuma usaha saja".  "Berkat doa ibu-ayah agaknya bang",  Dari pengamatan aku sahabat aku ni memang terlalu baik sikapnya kepada dua orang ibu-bapanya.  Dia memang menyanjung tinggi jasa ibu-bapanya yang telah lama membantu dan menyokong apa sahaja yang dibuat oleh sahabat aku ni.  Dia bukannya tak pernah gagal dalam pernigaan.  Dia juga pernah beberapa kali gagal dalam bisnes dan kini dia benar-benar telah bangkit.


"Bang, kalau abang perlukan apa-apa bantuan, beritau saya.  Insyaallah, saya akan bantu mana-mana yang boleh".  Kata sahabat aku ni.  "Bidang bisnes kau dengan abang jauh sangat bezanya.  Rasanya tak ada apa yang kau boleh bantu".  Sambung aku pula.   Aku menggaru kepala yang tak gatal sambil memikirkan apa kerjasama yang boleh kami lakukan antara dua bidang perniagaan yang nampaknya tidak akan wujud keserasian kerjasama.  Kata 'Mat Saleh', 'win-win situation'.


"Hah...!  Tiba-tiba sahabat aku bersuara.  "Abang tau mesjid Kampung Hulu".  "Tau".  Jawab aku pendek.  "Boleh tak kalau setiap hari Jumaat sebelum solat Jumaat abang hantarkan nasi lemak 100 bungkus dan pisang 10 kg kat sana".  "Apa tak bolehnya",  sambung aku penuh musykil.


Katanya lagi, "saya dapat pahala sedekah sambil bantu abang, dan abang dapat duit dari nasi lemak yang abang hantar tu".  "Betul, tak",  sambungnya lagi.  Aku anggukkan kepala tanda setuju.  Antara percaya dengan tidak.


Dia keluarkan lipatan not RM50 dari koceknya sambil berkata, "setiap minggu untuk sebulan berapa semuanya bang?".  "Eh..." kata aku dengan nada terkejut.  "Kau cakap ni betul-betul ke...?"  "Beeeetul bang",  sambungnya lagi.


Aku keluarkan 'hand-phone' dan terus tekan menu 'calculator'.  Kos nasi lemak dan pisang aku campurkan dan beritau padanya.  "Campur semua RM....... seminggu, kalau sebulan RM......",  kata aku lagi.  Dia pun terus mengira jumlah RM dari not RM50 tu dan terus hulurkan pada aku.  Aku sambut RM tu dengan rasa yang amat gembira bercampur keharuan.  Bibir aku terkumat-kamit mengira helaian RM50.  "Cukup,'' kata aku membenarkan jumlah RM yang dia hulurkan pada aku.


Setelah itu kami pun berpisah dan meneruskan tugasan masing-masing.  Sampai dirumah aku terus menceritakan tentang hal diatas kepada isteri aku.  Sememangnya dia gembira sangat dapat tambahan jualan tanpa susah payah.  Dan setiap minggu, pagi sebelum solat Jumaat aku akan menghantar nasi lemak dan pisang sebagaimana diamanahkan oleh sahabat aku tadi.


Dari sinilah sejarah itu bermula.  Sehingga kini sudah lebih 2 tahun sahabat aku tu terus istiqamah bersedekah nasi lemak dan pisang ke mesjid tersebut.  Dan yang paling aku takjub setiap bulan tanpa aku mengingatkan dia,  dia yang lebih dulu tahu yang budget sedekah tu dah habis dan memanggil aku untuk ambil duit sedekah tu dari ibunya dirumahnya di Melaka. 

Apa natijahnya dari peristiwa ini?


Ya.  Aku dapat lihat rezeki sahabat aku ni semakin bertambah.  Bisnesnya memang berkembang amat pesat dan aku dapat tahu dari saudaranya,  dia telah membeli banglo baru dan kemasan dalaman banglo tu hampir RM2 juta.  SUBHANALLAH...sememangnya pahala sedekah akan dibalas Allah dengan gandaan yang melimpah-ruah.


Kepada saudara yang sempat berkunjung keblog ini,  kalau nak rasa nasi-lemak yang sama macam nasi-lemak di coconut shake klebang,  singgah le ke mesjid Kampung Hulu/Kampung Keling setiap pagi Jumaat sebelum solat,  insyallah para musafir sekalian tak akan kecewa.  Apa salahnya kita memberi makan kepada musafir di Rumah Allah yang amat mulia ini.

Tuesday, July 5, 2011

Masjid Kampung Hulu, Melaka


Masjid tertua Melaka pertahankan seni bina tempatan




Masjid Kampung Hulu merupakan masjid tertua di Melaka dan dibina sekitar tahun 1720 hingga 1728.


SELAIN runtuhan Kota A’Famosa, Bastion House dan Stadthuys di Melaka berjaya mencuri perhatian pelancong seluruh dunia, salah satu binaan lama dan bersejarah yang turut menarik perhatian di negeri itu adalah masjid-masjid lamanya.
Masjid-masjid lama di Melaka didapati mempunyai seni bina yang begitu indah, klasik dan masih kukuh sehingga ke hari ini.
Melaka sehingga kini mempunyai lebih daripada 54 buah masjid lama yang berusia lebih 100 tahun dan kesemuanya telah diwartakan sebagai bangunan warisan sejarah oleh kerajaan negeri.
Paling unik apabila ciri-ciri seni bina masjid di negeri itu disifatkan mempunyai struktur binaan yang seragam dan kelihatan hampir sama antara satu sama lain, walaupun di berbeza daerah seperti di Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Kelainan seni bina masjid lama di negeri ini jika dibandingkan dengan masjid di negeri-negeri lain adalah terletak pada tiga lapisan bumbungnya yang diperbuat daripada tanah liat dan sebuah menara batu yang berbentuk seperti kubu, namun sebenarnya berfungsi sebagai tempat laungan azan. Masjid-masjid lama di negeri ini juga mempunyai empat tiang seri yang menjadi pendokong kepada bumbung dan lantai masjid.
Berdasarkan kajian oleh beberapa penyelidik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), masyarakat Melayu di negeri ini suatu masa dahulu mempunyai kepercayaan tersendiri iaitu setiap lapisan bumbung masjid di negeri ini mempunyai maksud tertentu dan mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.
Ada pendapat lama yang menyatakan bahawa seni bina setiap masjid di negeri ini mempunyai pengaruh luar yang dibawa dari pedagang-pedagang India, China dan Arab.
Perzim bagaimanapun mempertahankan hak seni bina masjid-masjid di negeri yang dianggap mempunyai ketulenan tempatannya yang tersendiri.
Pengurus Besar Perzim, Datuk Dr. Ramlah Adam menegaskan bahawa senibina masjid di negeri ini direka oleh masyarakat Melayu di negeri ini sendiri dan ia tidak mempunyai pengaruh luar seperti yang disangkakan.
Menurutnya, masyarakat Melayu di negeri ini juga mempunyai ramai tukang bina tersohor yang mahir dalam seni bina tempatan.
''Saya ingin menyangkal bahawa seni bina masjid negeri ini sama seperti pagoda di China mahupun pengaruh-pengaruh luar yang lain.
''Kajian yang dilakukan oleh penyelidik tempatan mendapati ukiran yang terdapat pada bahagian bumbung dan dinding masjid di negeri ini merupakan ukiran asli Melayu yang melambangkan alam semula jadi.
“Kita tidak boleh lupa bahawa masyarakat Melayu juga pandai dalam seni ukiran sejak berkurun lamanya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Ukiran dan seni bina masjid-masjid di negeri ini dikatakan hanya menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Malah, pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat.
Dalam pada itu, bahan binaan pada bahagian dinding masjid juga dipercayai diperbuat daripada campuran putih telur dan pasir serta batu granit. Salah satu contoh masjid lama yang menarik perhatian pelancong di negeri ini adalah Masjid Kampung Hulu yang dibina di Jalan Kampung Hulu, Banda Hilir di sini.
Ia merupakan masjid tertua di negeri ini dan dibina sekitar tahun 1720 hingga 1728. Masjid ini dipercayai dibina oleh Datuk Arom atau Harun iaitu seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam.
Masjid ini juga dipercayai dibina pada zaman pemerintahan Belanda dan telah diubahsuai dengan binaan batu konkrit pada tahun 1892.
Pada waktu ini, dalam perkarangan masjid berkenaan turut terdapat beberapa buah rumah kedai yang disewakan kepada orang perseorangan yang menjadikannya sebagai masjid terkaya antara masjid-masjid di negeri ini.
Masjid kedua tertua adalah Masjid Tengkera yang terletak di sebelah kanan Jalan Tengkera yang namanya diambil bersempena dengan nama mukim Tenquerah oleh pemerintahan Portugis di Melaka.
Bangunan asalnya dipercayai dibina sekitar tahun 1750-an dan telah dibaiki pada tahun 1850-an. Masjid ini bercirikan seni bina tradisional Melaka dan campuran seni bina Sumatera dan China.
Masjid ini mempunyai sedikit kelainan kerana mempunyai tiga lapisan bumbung iaitu bumbung beranda, bumbung ruang sembahyang dan bumbung kubah.
Di bahagian hadapan masjid ini dipagari dengan tembok batu yang dihias kekisi porselin manakala pintu gerbangnya dihiasi dengan ukiran tulisan khat dan bumbungnya berbentuk seperti pagoda.
Terdapat juga sebuah menara batu yang mempunyai bumbung tanah liat berkeliling pada bahagian bawahnya. Satu lagi masjid tertua di negeri ini adalah Masjid Peringgit.
Pada asalnya ia dibina di Bukit Peringgit pada tahun 1726, tetapi ia telah musnah akibat perlaku peperangan. Kemudiannya ia telah dibina semula pada 1868 di tempat yang sama.
Masjid ini unik kerana berbentuk empat segi ,manakala bahan binaannya terdiri daripada batu laterit dan batu-bata terra cotta yang wujud pada zaman Belanda sebagai asas dan dinding.
Pada 1978, kerajaan negeri telah membuat kerja-kerja penambahan pada bahagian belakang masjid dengan binaan konkrit yang melenyapkan tangga utama, perigi dan kolam.
Masjid Peringgit tidak lagi digunakan untuk sembahyang Jumaat kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Masjid Negeri iaitu Masjid Al Azim di Bukit Palah. Masjid ini sehingga kini digunakan untuk singgahan dan sembahyang harian sahaja.